Cara Pindahkan NCD (No Claim Discount) Kepada Kereta Lain.

In Fahami Insurans Anda, Insurans Kereta by webmasterLeave a Comment

Di dalam article yang sebelum ni Maklumat Penting Tentang NCD/NCB Kenderaan saya telah menerangkan serba sedikit tentang NCD dan kepentingannya. Kali ni saya nak kongsi dengan anda bagaimana pula jika anda ingin memindahkan NCD kepada kenderaan yang lain.

Apakah sebab untuk pindahkan NCD ni ?

Kebiasaannya NCD dipindahkan kerana pemilik mempunyai kereta yang baharu. Ini kerana pemilik boleh berjimat jika insurans kereta yang baharu bernilai tinggi. Harga yang tinggi anda perlu membayar kepada syarikat insurans adalah kerana nilai diinsuranskan untuk kenderaan baru yang anda miliki mempunyai nilai yang tinggi. Nilai yang tinggi ini diambil daripada nilai pasaran kenderaan terbabit. Nilai ini akan susut mengikut tahun atau umur kenderaan tersebut. Ini yang berlaku pada kenderaan yang lama yang anda miliki, nilainya yang terkini amat berbeza dengan niali waktu anda membeli kenderaan tersebut.

Jadi adalah lebih baik anda memindahkan NCD kepada kenderaan yang tinggi nilainya supaya anda akan memperolehi jumlah diskaun yang paling maksimum.

Bagaimana anda boleh berjimat dengan memindahkan NCD ?

Sebagai contoh, Encik Fathli mempunyai dua buah kereta iaitu Proton Saga (2008) dan membeli kereta yang baharu jenis Honda City (2020). Jumlah harga premium insurans bagi kereta Proton Saga sebelum potongan diskaun adalah RM600 dan mempunyai NCD 55%. Manakala jumlah premium insurans kereta yang baharu iaitu Honda City adalah RM1900 dan tidak mempunyai NCD kerana kenderaan baharu.

 

Gambar rajah di atas menunjukkan perbezaan yang berlaku sebelum dan selepas NCD dipindahkan. Ini menunjukkan Encik Fathli akan berjimat lebih banyak apabila NCD dipindahkan pada kenderaan yang baharu berbanding jika Encik Fathli memilih untuk tidak memindahkan NCD kenderaan tersebut.

Cara-cara memindahkan NCD kenderaan.

Langkah 1: Siapkan document peribadi & wang tunai.

Antara document yang diperlukan untuk memindahkan NCD adalah salinan kad pengenalan, salinan maklumat bank (wajib bank milik pemegang polisi), dan sedikit wang tunai.

Extra duit yang anda bawa adalah untuk jika ada baki premium insurans yang anda perlu jelaskan. Anda perlu bayar on the spot. Kalaw anda kurang yakin, anda boleh hubungi syarikat insurans atau wakil ejen anda untuk bertanya berkenaan procedure yang terkini.

Langkah 2: isi borang pemindahan NCD (jika insurans masih aktif).

Anda perlu mengisi borang pemindahan NCD. Untuk dapatkan borang ni, anda boleh pilih sama ada untuk ke cawangan syarikat insurans atau pergi kepada wakil ejen insurans anda. Anda perlu penuhkan borang tersebut dan turunkan tanda tangan. Selepas proses selesai, satu Salinan surat akan diberikan kepada anda.

Langkah 3: Insurans kenderaan lama dah tamat tempoh.

Jika insurans kenderaan lama dah tamat tempoh, anda boleh skip Langkah 2 di atas. Ini kerana apabila anda ingin memindahkan NCD kenderaan tersebut, syarikat insurans/ejen hanya perlukan nombor polisi insurans yang lama sahaja. Oleh itu, anda digalakkan untuk menyimpan polisi yang mempunyai kadar NCD yang paling tinggi.

Langkah 4: Semak NCD.

Akhirnya setelah semua proses selesai, anda boleh menyemak NCD anda setelah dipindah kepada kenderaan yang baru di website MyCarInfo untuk melihat kadar NCD yang baru. Website ini adalah milik Insurance Service Malaysia Berhad. Maklumat anda akan selamat bersama mereka.

Faktor-faktor NCD kenderaan tidak boleh dipindahkan.

Faktor 1: Tukar Ncd pada pemanama lain.

NCD adalah terikat pada nombor kad pengenalan pemilik. Anda tidak boleh memindahkan NCD pada pemilik lain. Walaupun anda memberi orang lain memandu kenderaan anda, NCD adalah milik masing-masing dan akan kekal atas nama  pemilik tersebut.

Faktor 2: Menukar NCD pada jenis kenderaan berbeza.

NCD hanya boleh dipindahkan pada kenderaan yang sama jenis sahaja, contohnya antara kereta dengan kereta dan motorsikal dengan motorsikal. Peraturan yang sama juga terpakai pada kenderaan berkelas seperti anda tidak boleh memindah NCD kenderaan persendirian kepada kenderaan komersial.

Jadi NCD kenderaan tidak terikat pada syarikat insurans dan pemilik boleh pindahkan mengikut kehendak pemilik NCD. Cuma anda perlu bijak untuk membandingkan penjimatan sebelum membuat keputusan untuk memindahkan NCD tersebut. Jika anda silap untuk membuat keputusan akan menyebabkan kerugian pada pihak anda. Cadangan saya, dapatkan nasihat daripada ejen insurans anda sebelum anda membuat keputusan.

Leave a Comment