Maklumat Penting Tentang NCD/NCB Kenderaan ?

In Fahami Insurans Anda, Insurans Kereta by webmasterLeave a Comment

Apakah Itu NCD/NCB kenderaan ?

Kedua-dua terma ini adalah merujuk kepada perkara yang sama iaitu ganjaran yang diperolehi oleh pemegang polisi. Cuma orang-orang lama banyak yang sebut NCB (No Claim Bonus) kerana sebelum NCD (No Claim Discount) atau Diskaun Tanpa Tuntutan diperkenalkan, terma NCB diguna pakai dalam industry insurans.

Dalam bahasa kita panggil Diskaun Tanpa Tuntutan. Ini bermaksud, diskaun ini hanya akan diberikan kepada pemegang polisi yang tidak membuat tuntutan dengan syarikat insurans. NCD berperanan untuk mengurangkan harga premium insurans yang akan anda bayar semasa perbaharui polisi insurans.

Bagaimanakah NCD berfungsi?

NCD ni akan diberikan secara automatic kepada pemegang polisi melalui potongan pembayaran ketika anda nak renew insurans. Terdapat syarat yang anda perlu patuhi untuk mula mendapatkan NCD ni. syarikat insurans akan memastikan pemohon tidak mempunyai rekod tuntutan selama 12 bulan untuk kenderaan yang didaftarkan. jika layak, anda akan mula menikmati NCD pertama pada tahun kedua semasa anda renew insurans. Potongan akan diberikan terus kepada pemegang polisi.

Jika anda seorang pemandu yang berdisiplin dan bersih dari sebarang tuntutan insurans, kadar NCD anda akan meningkat setiap tahun. Nilai peningkatan NCD ni seperti dalam jadual di bawah.

Apakah yang terjadi sekiranya berlaku  tuntutan insurans ?

Apabila berlaku tuntutan pada syarikat insurans, nilai NCD anda akan kembali kepada 0%. Ia akan kembali seperti asal dan anda akan bermula kembali dari awal.

Contonya, pada tahun kelima NCD anda adalah 45% (ambil contoh kereta persendirian), anda ditimpa kemalangan dan terpaksa membuat tuntutan dari pihak insurans untuk membaiki kenderaan. Maka, semasa renew polisi insurans, NCD anda akan kembali kepada 0% seperti tahun pertama kerana anda telah membuat tuntutan dan anda tak layak untuk mendapat NCD seterusnya iaitu 55%. NCD anda akan bertambah setiap tahun mengikut dalam jadual yang sama jika tiada tuntutan dibuat.

Oleh itu, sekiranya kos membaiki kenderaan hanya sedikit atau pun nilainya tidak melebihi nilai potongan NCD yang bertahun-tahun anda dapat, anda boleh tanggung sendiri kos repair kenderaan tersebut. Ini kerana jika anda membuat pertimbangan membuat tuntutan dan kehilangan NCD, anda sebenarnya kerugian wang yang lebih berbanding dengan membayar kos repair itu sendiri.

Adakah semua tuntutan akan mengakibatkan kehilangan NCD ?

Sebenarnya tidak semua tuntutan yang berlaku akan menyebabkan anda kehilangan NCD. Terdapat 2 jenis tuntutan yang  tidak terkesan pada NCD anda.

No-Fault Damage.

Ia adalah tuntutan kerosakan yang dibuat disebabkan pihak ketiga (orang lain). Dengan kata lain, kemalangan yang terjadi bukan disebabkan oleh pihak anda. Contohnya, jika berlaku kemalangan yang tidak melibatkan kecuaian pihak pemegang polisi dan disahkan dalam keputusan pihak penguasa, maka NCD anda tidak akan terjejas jika berlaku tuntutan kerana syarikat insurans anda akan membantu anda membuat tuntutan pihak ketiga daripada syarikat insurans pemilik kenderaan yang menyebabkan kemalangan.

Windscreen Coverange.

Polisi cermin kenderaan adalah polisi tambahan kepada insurans anda. Dan ia hanya ditawarkan untuk pemilik insurans first party semasa renew polisi insurans. Memandangkan kos yang tinggi untuk membaiki cermin kenderaan, ramai yang memilih untuk memilikinya. Jadi jika anda mempunyai polisi ini dah membuat tuntutan untuk membaiki cermin kenderaan anda. NCD anda tidak akan terjelas tetapi sebaliknya, jika anda tidak mempunyai polisi ini, maka anda akan kehilangan NCD selepas membuat tuntutan insurans.

Adakah NCD boleh dipindahkan ?

Terdapat beberapa cara di mana anda boleh memindahkan NCD anda .

Penukaran syarikat insurans.

Semasa membuat pembaharuan insurans sekiranya anda ingin menukar syarikat insurans/takaful, NCD kereta anda tidak akan terjejas. Bermakna anda akan tetap menikmati kadar NCD yang anda capai walaupun dengan syarikat yang baru.

Cancellation of policy.

Apabila anda membatalkan polisi insurans, anda masih boleh menikmati kadar NCD tersebut. Contohnya anda menjual kereta, anda perlu membatalkan polisi insurans kenderaan tersebut. Apabila selesai proses pembatalan, anda boleh menggunakan NCD tersebut pada kenderaan baru atau anda kenderaan anda yang lain.

Polisi kenderaan yang dah tamat.

Semua polisi kenderaan yang dah tamat. Pemilik boleh pindahkan NCD terus tersebut kepada kenderaan lain ketika membuat pembaharuan insurans.

NCD withdrawal.

Anda juga boleh mengambil NCD semasa polisi anda belom tamat dengan cara NCD withdrawal. Contohnya kereta anda mempunyai NCD 55% dan anda membuat keputusan untuk membeli kereta yang baru dan membuat permohonan memindahkan nilai NCD 55% kereta yang lama kepada kereta yang baru. Syarikat insurans kereta lama akan membuat NCD withdrawal dari polisi kereta lama dan anda perlu membayar baki nilai NCD yang telah anda nikmati. Selepas itu, anda boleh terus gunakan NCD 55% tersebut pada polisi insurans kenderaan yang baru. Oleh sebab NCD kereta lama dah tiada, anda perlu mula dari NCD 0% sewaktu pembaharuan insurans akan datang.

Kesemua cara diatas boleh digunakan dengan syarat kenderaan tersebut mestilah mempunyai nombor ic pemilik yang sama dan jenis kenderaan yang sama jenis contonya,pemindahan NCD kereta dengan kereta dan motosikal dengan motosikal. Anda tidak boleh memberikan NCD anda kepada pemilik yang lain kerana NCD adalah terikat pada nombor ic pemilik kenderaan masing-masing.

Apa yang terjadi kepada NCD sekiranya tak digunakan ?

Sekiranya anda menjual kereta dan tidak memindahkan NCD pada kenderaan yang lain, maka NCD anda dibiarkan sahaja. NCD anda akan menurun mengikut jadual NCD. Ini kerana setiap NCD boleh bertahan selama satu tahum sahaja jika anda tidak menggunakannnya. Contohnya, anda mempunyai NCD sebanyak 55% semasa menjual kereta anda, setelah mencapai satu tahun dan NCD anda masih tidak digunakan pada mana-mana polisi insurans kereta, NCD 55% tersebut akan menurun setahap kepada 45% pada tahun pertama dan seterusnya pada setiap tahun sehingga pada nilai NCD 0%.

Dimanakah saya boleh menyemak NCD saya ?

Anda boleh menyemak NCD yang diberi di atas polisi kereta anda. Sekiranya polisi anda tidak bersama anda, anda juga boleh menyemak di laman web ini dengan hanya memasukkan nombor kereta dan nombor IC anda.

Untuk sebarang pertanyaan ataupun nak memperbaharui insurans kenderaan anda, kami menyediakan khidmat rundingan secara percuma. Kami juga ejen insurans yang berdaftar dan berpengalaman. Boleh hubungi atau whatsapp kami di 019 655 5665 untuk bantuan dan pertanyaan.

Leave a Comment