Apakah Yang Dimaksudkan Dengan ‘Betterment’?

In Fahami Insurans Anda, Insurans Kereta by webmasterLeave a Comment

Kenapa Anda Perlu Bayar Kos Tambahan Setelah Tuntutan Insurans Telah Dibuat? Apakah Yang Dimaksudkan Dengan ‘Betterment’.

Pasti ada diantara para pembaca yang mengalami situasi ini di mana selepas kemalangan berlaku, pemandu/pemegang polisi perlu menambah kos repair kenderaan sedangkan anda pemegang polisi first party. Ramai yang beranggapan bahawa apabila memiliki insurans first party, semua kos kerugian kenderaan anda akan ditanggung oleh syarikat insurans.

Kenapa perlu tambah duit sedangkan kereta anda dah buat tuntutan insurans?

Ini adalah kerana clausa ‘Betterment’ di dalam polisi insurans anda telah diaktifkan. Ini bermaksud anda perlu menanggung perbezaan kos barang yang diganti (tidak termasuk kos upah) untuk membaiki kerosakan kenderaan anda. hal ini kebiasaannya terjadi apabila umur kenderaan tersebut lebih dari 5 tahun dan membaiki kenderaan di Pusat Service seperti Proton, Perodua, Toyota dan sebagainya.

Apakah itu ‘Betterment’?

Betterment adalah kadar tambahan kos yang perlu pemegang polisi (pemilik kenderaan) tanggung semasa membuat tuntutan di Pusat Servis seperti Poton, Toyota, Honda dan lain-lain pusat servis (dealer).

Dengan kata mudah, ‘Betterment’ ni hanya akan dikenakan jika anda hantar kenderaan kemalangan untuk dibaiki di pusat servis sahaja.

Kadar peratus kos tambahan adalah seperti beriku:

Merujuk pada gambar rajah di atas menunjukkan ‘Betterment’ ni lebih mensasarkan kenderaan yang dah melebihi had warranty (jaminan) kenderaan tersebut. kebanyakkan kenderaan yang baru dibeli akan diberi warranty selama 5 tahun atau lebih. Jadi ‘betterment’ akan mula berlaku pada kenderaan berumur 5 tahun dan keatas.

Ini kerana pusat servis tidak akan memilih kenderaan yang masuk sama ada kereta lama atau baru. Mereka ada terma dan syarat yang perlu mereka patuhi. Pusat servis akan membaiki kenderaan menggunakan barang original kenderaan yang dibaiki. Untuk kenderaan bawah 5 tahun, pihak insurans akan bantu anda untuk claim warranty kenderaan terbabit. Tetapi untuk kenderaan 5 tahun ke atas pemegang polisi perlu tanggung sebahagian kos barang yang diganti mengikut kadar peratus umur yang telah ditetapkan dan kos upah akan ditanggung oleh syarikat insurans.

Contoh lain sekiranya kos alat ganti yang ditukar bernilai RM2000 (100%) dan kenderaan telah berusia 8 tahun. Pihak insurans akan membayar RM1400 (70%) daripada nilai asal manakala yang selebihnya RM600 (30%) akan ditanggung oleh pemegang polisi. Kos ini hanya untuk barang yang diganti (parts) sahaja tidak termasuk kos upah.

Bagaimana pula jika kenderaan dibaiki di bengkel Panel Insurans?

Seperti yang saya tegaskan di atas, kadar ‘Betterment’ hanya akan dikenakan tuntutan insurans daripada pusat servis sahaja. Jika anda hantar kenderaan untuk dibaiki di bengkel luar sama ada panel insurans atau tidak. Semua kos 100% akan ditanggung oleh syarikat insurans anda berdasarkan polisi insurans yang anda miliki.

Ini disebabkan di bengkel selain pusat servis, mereka akan menggunakan barang gantian berkuali OEM atau second hand. Barang-barang  ini mempunyai kualiti yang seakan sama seperti yang original, tetapi berkualiti 2nd grade atau barang terpakai yang original.

Hantar kenderaan untuk dibaiki di panel insurans!!

Saranan saya, anda perlulah menghantar kenderaan di bengkel yang berdaftar dengan syarikat insurans kerana semestinya kualiti kerja mereka setiasa dipantau oleh syarikat insurans itu sendiri.

Untuk kepastian tentang status bengkel, anda boleh hubungi syarikat insurans berkenaan panel bengkel yang telah mereka lantik atau terus ke website syarikat insurans.

Anda juga boleh membuat aduan kepada syarikat insurans jika berlaku tidak puas hati tentang kualiti kerja yang tidak setimpal dengan harga tuntutan insurans.

Kesimpulan yang saya boleh buat adalah ‘Betterment’ ni wujud sebab nak bagi keadilan kepada syarikat insurans dengan cara pemegang polisi kene tanggung sebahagian kos jika ingin menggunakan barang gantian original yang baharu kerana barang yang diganti telah berusia lebih 5 tahun dan ke atas juga bukan lagi bersifat baharu. Insurans/takaful di wujudkan bukan untuk menguntungkan pengguna tapi untuk tanggung kos kerugian yang dialami oleh pengguna. Ini dapat mewujud situasi “win win situation” antara pengguna dan syarikat insurans.

 

Leave a Comment