Kenapa Kene Bayar Ekses RM400?

In Fahami Insurans Anda, Insurans Kereta by webmasterLeave a Comment

“Salam, baru ni kereta saya accident. Masa nak ambil kereta di bengkel kene bayar RM400 sebab pemandu bawah 21 tahun. Saya nak tanya sama ada duit RM400 itu boleh dapat balik atau tidak?”

Berdasarkan pertayaan pelanggan di atas, dalam pemerhatian kami ramai pengguna yang tidak faham tentang insurans/takaful yang mereka langgan untuk kenderaan mereka. Sampaikan ada pengguna yang tidak puas hati dan berlaku perselisihan dengan pihak bengkel atau insurans apabila diminta untuk membayar ‘ekses’ daripada mereka. Ekses ini juga ada tertulis di dalam jadual polisi anda. Ini lah pentingnya untuk anda faham polisi insurans anda supaya anda tahu hak anda sebagai pengguna dan hak syarikat insurans anda.

Apakah maksud ‘Ekses’ atau ‘Excess’?

Ini adalah jumlah bayaran pertama yang anda terpaksa tanggung sendiri bagi setiap tuntutan sebelum pihak insurans meluluskan tuntutan anda. Anda juga wajib untuk bayar walaupun kejadian itu bukan kecuaian dari pihak anda.

Walau bagaimanapun, ekses tidak akan dikenakan jika kerugian atau kerosakan yang dialami adalah akibat daripada kebakaran, letupan, disambar kilat, pecah masuk, pecah rumah, kecurian, kerosakan harta pihak ketiga atau tuntutan kecederaan pihak ketiga.

Ekses juga terbahagi kepada dua iaitu ‘Ekses’ dan ‘Ekses Wajib’.

Apakah maksud ‘Ekses Wajib’?

Terdapat juga yang dipanggil ekses wajib di mana anda juga mungkin terpaksa menaggung ekses tambahan selain bayaran ekses yang pertama tadi, jika anda atau orang yang memandu kereta anda:

  • Di bawah umur 21 tahun;
  • Pemegang lessen memandu sementara (P) atau percubaan (L);
  • Pemandu tidak dinamakan dalam Jadual polisi sebagai pemandu dinamakan.

Berapakah jumlah yang perlu di bayar?

Ekses – Jumlah yang perlu dibayar ada tertulis di dalam jadual polisi insurans. Tidak semua kenderaan diwajibkan untuk bayar jumlah ekses ini. Hal ini bergantung kepada jenis kenderaan dan pemilihan syarikat insurans.

Kebiasaannya jika jumlah ekses akan dikenakan kepada anda jika berlaku tuntan, jumlah rendah nilai premium insurans dengan kata lain harga insurans anda akan lebih murah berbanding dengan syarikat insurans yang tidak mewajibkan anda membayar bayaran ekses ini.

Ekses wajib – Jumlah ekses ini lah yang selaunya perlu dibayar semasa tuntutan insurans kerana kebarangkalian untuk berlaku adalah tinggi. Nilai yang perlu dibayar adalah RM200 (minimum) dan RM400 (maximum) juga bergantung pada syarikat insurans yang anda pilih. kebanyakkan syarikat insurans menetapkan RM400 sebagai jumlah ekses wajib ini.

Contohnya kos baiki kenderaan anda adalah RM5 000 tetapi anda dikenakan Ekses sebanyak RM500 dan pemandu adalah anak anda yang berumur 21 tahun.

Jika berlaku seperti kejadian diatas, anda terpaksa menanggung sendiri RM500 untuk bayaran yang pertama dan pihak insurans akan membayar baki RM4500 kos baiki kenderaan anda. Anda juga terpaksa membayar RM400 untuk ekses wajib kerana pemandu yang terlibat adalah di bawah 21 tahun.

Dengan menggunakan contoh yang sama, anda sekarang terpaksa membayar RM900 (RM500+RM400) dan pihak insurans akan membayar RM4500

Jawapan persoalan diatas.

Berdasarkan penerangan di atas, apabila kenderaan dipandu oleh pemandu bawah 21 tahun. Pemegang polisi akan dikenakan bayaran RM400 untuk bayaran denda atau ekses wajib kepada pihak insurans dan wang itu juga tidak boleh dituntut daripada pihak insurans. Dan tuntutan insurans akan mula diproses selepas anda membayar jumlah ekses tersebut.

Sila tinggalkan pesanan, komentar atau persoalan di ruang komen di bawah. Pihak kami akan membalas komen anda dengan kadar yang segera.

Leave a Comment