Kemalangan Dengan Kenderaan Tiada Insurans? Bagaimana Nak Buat Tuntutan Insurans?

In Fahami Insurans Anda, Insurans Kereta, Keselamatan by webmasterLeave a Comment

Kebiasaannya apabila kemalangan berlaku, tuntutan insurans akan dibuat untuk menanggung kerugian dan keceraan yang berlaku. Ianya bergantung kepada jadual polisi insurans setiap pemilik polisi kenderaan tersebut.

Apakah yang terjadi jika pihak yang melanggar tiada insurans? Adakah anda akan teraniaya?

Jika kenderaan yang melanggar tiada insurans, anda tidak boleh membuat tuntutan keatas kenderaan tersebut. Ini kerana tiada syarikat insurans yang menanggung pemilik dan kenderaan tersebut.

Anda boleh menuntut ganti rugi daripada pihak yang bersalah jika mereka ingin bertanggungjawab. Jika mereka enggan bertanggungjawab anda boleh membuat tuntutan di Motor Insurer’s Bureau of West Malaysia (MIB).

Apa itu MIB ? Syarikat insurans ke?

Ramai yang tidak mengetahui kewujudan MIB ni. MIB telah ditubuhkan di Malaysia pada 15 Januari 1968 setelah mendapat persetujuan antara Menteri Pengangkutan Malaysia, syarikat insurans am dan Biro itu sendiri.

MIB ni bukan syarikat insurans, tetapi badan yang bertujuan untuk memberi perlindungan kewangan kepada mangsa pengguna jalan raya dari pemandu, penumpang dan pejalan kaki yang tercedera akibat kemalangan dengan kenderaan dan pemandu yang tidak dilindungi insurans.

Mana MIB dapat duit untuk bantu mangsa?

Untuk pengetahuan anda, setiap tahun semua syarikat insurans dikehendaki membayar  sejumlah duit kepada MIB. Semua syarikat insurans wajib mencarum ke dalam MIB. Dengan dana ini lah MIB membantu mangsa-mangsa tersebut.

MIB  terpakai di West Malaysia sahaja ke?

Walaupun nama MIB ada tertulis West Malaysia, saudara-saudara kita dari Sabah dan Sarawak juga boleh membuat tututan kepada MIB ni kerana MIB terpakai di seluruh Malaysia.

Bagaimana nak buat tuntutan dengan MIB ?

  1. Anda boleh hantarkan tuntutan secara terus kepada pihak MIB atau diwakili oleh peguam.
  2. Anda perlulah mempunyai maklumat kenderaan yang telah melanggar anda (bayaran tidak akan dilakukan untuk kes langgar lari). Pastikan anda tahu apa yang perlu dilakukan apabila berlaku kemalangan.
  3. Anda perlulah menghantar tuntutan dalam masa tiga tahun dari tarikh kemalangan berlaku.
  4. Jika anda diwakili peguam dan meneruskan tuntuan kes sama, peguam anda mestilah memberitahu pihak MIB dalam masa 30 hari dan bekalkan MIB dengan semua dokumen berkaitan.
  5. MIB hanya akan membayar kecederaan anda sahaja seperti patah tulang, kecederaan ringan dan sebagainya. MIB tidak akan membuat bayaran terhadap kerugian atau kerosakan pada kenderaan, baju, kasut, kehilangan barang, pembayaran bil hospital dan sebagainya.(Ok la dari tak dapat tuntut apa pun).
  6. Jumlah pembayaran adalah tertakluk kepada pihak MIB dan berdasarkan budi bicara daripada mereka.

  Apakah dokument Yang diperlukan untuk membuat tuntutan?

  1. Surat yang menceritakan perihal kemalangan, sebab tuntutan dan senarai dokumen.
  2. Laporan polis. (laporan mesti beserta nombor pendaftaran kenderaan pihak yang melanggar)
  3. Laporan polis pemandu kenderaan yang melanggar atau pihak ketiga (sekiranya ada).
  4. Laporan perubatan anda.

Hantarkan kesemua dokumen kepada:

Motor Insurer’s Bureau of West Malaysia,
Wisma PIAM,
No.150-3, 3rd Floor,
Jalan Tun Sambanthan, Brickfields,
50782 Kuala Lumpur
03-22747395

Sumber: iBanding, Odisi

Leave a Comment