7 Langkah Penting Anda Perlu Lakukan Sekiranya Berlaku Kemalangan.
Menurut data Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (“MIROS”), jumlah kemalangan jalan raya di Malaysia menunjukkan peningkatan ketara setiap tahun. Jadi tidak mustahil untuk anda terlibat dalam situasi kemalangan kerana malang kan tidak berbau. Maka perlulah anda sediakan payung sebelum hujan dengan sedikit ilmu berkenaan apa yang anda perlu buat jika terlibat dalam kemalangan.
#1. Tenangkan Diri Anda.
Kebiasaannya selepas terjadinya kemalangan, pihak pemandu terutama kaum hawa pasti akan tersentap atau Panik! . Anda perlulah bertenang dan kekal sopan sepanjang kejadian berlaku. Untuk bertenang, ada boleh ambil masa sebelum keluar dari kenderaan selepas terjadi kemalangan dan beritahu diri anda segalanya dalam keadaan terkawal. Apabila anda sudah bersedia, keluar dari kenderaan dan lihat keadaan sekeliling. Cuba anda fahami apakah asbab kemalangan itu terjadi.
#2. Ambil Maklumat Dan Keterangan.
Di zaman yang serba moden ini, cara yang paling mudah untuk menyambil maklumat adalah dengan cara ambil gambar. Gambar maklumat ini penting sebagai bahan bukti. Gambar yang diperlukan adalah:
• No plat kereta anda dan pihak ketiga
• Lokasi kemalangan
• Kedudukan kereta semasa kemalangan
• Sisi kereta yang dilanggar
Selain gambar, anda juga perlu mengambil nombor telefon dan nombor IC pihak ketiga untuk memudahkan urusan report polis anda. Dinasihatkan, sekiranya anda cedera teruk dan tak mampu berbuat apa-apa, maka pesanlah pada orang awam yang ada di sekeliling untuk tolong ambil kan gambar untuk anda.
3. Ambil Nombor Telefon Saksi.
Kesilapan ramai mangsa-mangsa kemalangan, mereka terlupa untuk menyambil maklumat saksi. Maklumlah perkara tersebut bukan kebiasaan berlaku dan mangsa dalam keadaan panic. Yelah dari fikir untuk ambil nombor telefon mangsa, lebih utama fikir kecederaan yang mereka alami.
Jadi pesanan saya, ambil lah nombor telefon orang yang mula-mula datang membantu anda kerana selalunya orang yang pertama itu menyaksikan kemalangan tersebut berlaku. Apa perlu kita ambil nombor telephone dia?. Sebab kita perlukan keterangan orang tersebut sebagai ‘Saksi Bebas’ di dalam kes anda. Jika anda tiada saksi bebas, ini boleh menyebabkan evidence jadi sedikit lemah untuk membuktikan dakwaan terhadap pihak ketiga yang melanggar kita.
4. Hubungi Ejen Atau Talian Bantuan Syarikat Insurans.
Kebiasaanya bila berlaku kemalangan, ramai lah orang-orang mendekati mangsa untuk menyakinkan mangsa mereka boleh membantu. Sebaliknya mereka mungkin hanya lah orang yang ingin mengambil kesempatan keatas kesulitan diri anda pada situasi tersebut. Sekali lagi, kekal tenang.
Di Malaysia, syarikat-syarikat trak tunda suka memaksa terutama mangsa yang dalam keadaan terdesak setelah kemalangan. Mereka akan muncul dengan pantas dan tak akan memberi peluang kepada mangsa untuk berfikir panjang.
Jadi anda perlu berhati-hati. Orang yang paling tepat dapat membantu anda adalah ejen insurans atau wakil insurans anda. Jadi jika terjadi kemalangan, anda perlu hubungi mereka dengan segera untuk menerangkan keadaan yang berlaku. Mereka ini amatlah terlatih untuk memberi nasihat yang berguna dalam membantu anda menyelesaikan masalah kemalangan anda. Bak kata orang, “serahkan pada yang pakar”. Ejen atau syarikat insurans anda juga akan membantu mengatur perkhidmatan trak tunda panel insurans untuk membawa kereta anda ke bengkel panel yang berdaftar.
5. Segera Ke Hospital.
Jika kemalangan yang melibatkan kecederaan, anda perlu ke hospital dengan segera untuk mendapatkan rawatan dari Emergency Department. Ni yang jenis kemalangan yang patah tangan, kalau yang cedera teruk confirm ambulance akan bawak terus ke hospital. Please jangan delay untuk mendapatkan rawatan.
Ada yang accident pukul 9 pagi, pukul 8 malam baru ke hospital, kemudian anda claim patah tangan (misalnya). Other side boleh simply kata, dalam tempoh 11 jam selepas accident, anda berkemungkinan dah jatuh didalam bilik air kemudian patah tangan dan bukannya disebabkan oleh accident pkl 9 pagi td. Jangan beri ruang untuk pertikai kesahihan kecederaan anda. Isu lewat ke hospital ini akan mencacatkan kes anda untuk membuat tuntutan insurans keatas pihak yang terlibat.
6. Report Polis Dengan Segera.
Tak kiralah sama ada anda ni ada lesen atau tak. Kalau dah involve dalam kemalangan dan menyebabkan kecederaan kat tubuh badan anda, maka SEGERALAH repot polis. Jangan tunggu sehari, seminggu hatta sebulan baru nak pergi buat report.
*unless kalau memang tiada daya upaya seperti terlantar di hospital untuk sebulan lamanya. maka buat la report sesudah itu.
*unless kalau kecederaan yang teruk sehingga menyebabkan mental disorder, atau memory impairment. Maka ahli sedara yang tahu akan kemalangan tersebut segeralah buat laporan polis agar pihak polis boleh proceed dengan siasatan.
Untuk adik-adik yang takde lesen ni, adik jangan la risau sampai tak nak buat report. Saman sebab takde lesen tetap kena bayar! Tapi jangan bimbang, hak adik untuk tuntut terhadap kecederaan masih dilindungi di bawah undang-undang. *terpakai juga untuk bro-bro yang takde lesen.
Kalau lambat buat report, boleh jadi anda akan dituduh mereka-reka cerita. Yelah, wujud je kes-kes mcm ni kat luar sana demi mengaut keuntungan daripada tuntutan kecederaan mangsa tersebut.
Lagi satu, akibat kalau tak buat report polis. Bagi pihak yang melanggar ni. Boleh jadi insurans tak nak bertanggungjawab. Bila insurans tak nak tanggung, haaa parah atas kepala.
7. Inform Syarikat Insurans Anda Dengan Segera.
Selepas semua selesai, tanggungjawab pada pihak insurans adalah untuk memberitahu mereka dalam bentuk bertulis secepat mungkin. Kegagalan membuat laporan mungkin membuatkan anda menanggung sebarang kerugian, termasuk tuntutan pihak ketiga terhadap anda. Walaupun anda dan pihak ketiga bersepakat tak mahu buat tuntutan atas kemalangan tersebut, anda patut beritahu penginsurans secepat mungkin kerana ini adalah salah satu dari syarat yang terdapat di dalam polisi anda.
Kesimpulannya semua proses di atas amatlah rumit, namun dengan langkah yang bijak anda untuk mengambil tahu perkara ini sebelum terjadi sesuatu terjadi, sedikit sebanyak dapat membantu kurangkan perasaan gementar anda serta anda akan lebih bijak untuk menguruskan situasi tersebut. Semoga yang membaca perkongsian ini dapat di sampai-sampaikan kepada rakan-rakan yang lain akan perkara di atas.
Comments
Pingback: Kemalangan Dengan Kenderaan Tiada Insurans? Bagaimana Nak Buat Tuntutan Insurans? – My Ezy Services